Jumaat, 28 Oktober 2011

HIDUP INI BANYAK KADANG-KADANG

kadang-kadang hidup ni macam makan Cadbury,
baru je kejap tadi bukak,
sekarang ni dah habis.
macam hidup jugak,
rasa macam baru je semalam sampai rumah,
hari ni dah nak kena berangkat balik.

 kadang-kadang hidup ni macam takal beroda,

bila orang tarik kita naik,bila orang tak tarik kita pun tak bergerak  macam hidup jugak,
bila ada yang kita kena buat, kita buat,
kalau yang kita tak kena buat,
kita duk diam-diam. nanti orang cakap menyibuk je kau ni.

kadang-kadang hidup ni macam sang kancil dengan buaya,
buaya nampak ganas tapi sebenarnya bodoh,
kancil nampak lemah tapi sebenarnya pandai.
macam hidup jugak,
luar orang nampak lelaki kuat tapi sebenarnya ego je lebih,
orang pulak fikir perempuan ni lemah tapi sebenarnya tu cuma luaran.

kadang-kadang hidup ni sangat banyak kadang-kadangnya,
sehinggakan kita tak boleh nak berharap,
sebab kadang-kadang ia macam tu, kadang ia macam ni.

Kadang Nak Itu, Kadang Nak Ini. HerMmM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan